11. 4. 2021 jam 9.55 pagi
Aku lahirkan seorang manusia ke dunia yang fana ni. Manusia berjantina perempuan. Putih merah, gebu gebas, hot from oven seberat 3.6kg.
Terus diletakkan atas dada aku. Baby ni anak aku yang aku kandungkan selama 9 bulan 10 hari. Kekuatan untuk meneran kan bayi seberat 3.6kg dengan lilitan kepala 33 cm semestinya dari Allah SWT.
Mula nya dari jam 3.30 pagi, terbangun untuk pergi ke tandas seperti biasa. Air yang keluar bukan Air kencing biasa. Tak tertahan dan tidak berbau. Walaupun sedikit jumlah Air yang keluar. Aku terus mendapatkan suami ku dan google cara untuk mengenalpasti Air ketuban itu seperti apa.
Tips:
Untuk pastikan yang keluar tadi adalah Air ketuban, baring sebentar kemudian bangun dan berdiri. Jika Air keluar maka itu adalah Air ketuban. Segeralah ke hospital.
Aku pun bersiap sementara suamiku menyiapkan segala barang2. Di pintu rumah aku dah terasa satu contraction ringan. Masuk ke dalam kereta, dalam perjalanan ke hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Satu contraction lagi aku rasa.
Sesampai di hospital, aku dibawa suamiku menaiki kerusi roda ke tingkat 1 wad bersalin. Aku terus diperiksa di satu bilik rawatan. Aku disuruh baring untuk check ctg baby. Dah 4cm jalan terbuka. Aku disuruh tukar pakaian ke pakaian hospital. Warna pink polka dot putih. Pakaian rasmi wanita yang hendak bersalin di hospital ni. Skrg aku pula yang pakai maknanya aku dah nak bersalin. So aku ready segala mental dan fizikal untuk melahirkan baby aku ni.
Tips pernafasan ketika bersalin:
Ketika contraction sedang terjadi, breath in melalui mulut dan breath out melalui mulut 2 kali.
Ketika tiada contraction, deep breath in melalui hidung dan breath out melalui mulut secara perlahan.
Tak lama selepas menahan beberapa minor contraction, seorang Dr. Perempuan India memanggil aku dan disuruh untuk baring untuk check jalan baby. Ini adalah proses 'seluk' uterus terus ke rahim. Seorang Dr. lg mencatat. Yang aku faham, no membrane = keadaan rahim aku ketika itu sudah tiada dinding yang menampung atau mengepung Air ketuban.
Selepas proses selukan, pendarahan berlaku. Aku dah mula hilang darah di situ. Sementara nurse ambilkan aku kerusi roda untuk dibawa terus ke bilik bersalin. Aku sempat jumpa suamiku sebentar di ruangan menunggu untuk mengambil beg hospital yang aku dah sediakan 2 minggu awal.
Tips beg hospital :
Pakaian baby:
1. bedung (kain cotton)
2. Pampers new born
3. Baju baby (butang tengah)-baju sahaja
Pakaian ibu:
1. Maternity pad or panties
2. Baju balik (baju besar ada zip or butang kat dpn)
3. Kain batik
Bilik bersalin No. 14
Aku dibaringkan di atas katil bersalin. Ctg detector diletakkan lagi di perut ku. Ctg aku cantik. 5 minit contraction, 10 minit rest begitulah agakkan ku. Segala teknik pernafasan ku cuba untuk menahan sakit.
Makluman:
Kat labour room ni, nurse takkan marah kau nak buat position apa pun untuk menahan sakit contraction. Asalkan tak mengganggu bukaan jalan baby.
Menjelang 10 contraction terakhir:
2 kali aku panggil nurse sebab tak tahan sangat sakit contraction yang dah sampai memuncak. 2 kali tu jugak nurse 'seluk' aku untuk check jalan baby dan 2 kali tu jugak masih belum ada. Dan 2 kali tu jugak aku di ngumpat sebab sikit2 panggil nurse.
Allah! Allah! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Ucapan di saat saat akhir contraction yang paling memuncak. Time ni aku dah kena induce. Nurse kata kalau dah kena induce ni lagi kerap contraction. Asalkan kurang sakitnya. Aku rela. Kuat juga aku berteriak Allahuakbar! Sampai seorang nurse minta aku perlahan kan suara supaya tak mengganggu patient lain. Tak nak patient lain takut. At this level, suami, mak ayah, keluarga semua dah tak ingat dah. Hanya Allah SWT yang ada. Sepenuh kebergantungan tu hanya pada Allah SWT. Dan termampu untuk sebut Allahuakbar!
Teran lagi puan.
Aku dapat briefing mengenai epidural oleh seorang Dr. Chinese lelaki. Sebab nya aku dah sakit tapi jalan masih belum bukak so nurse cadangkan ambil epidural. Masa tengah brief tu, aku rasa nak terberak. Aku bagitahu nurse saya nak berak. Ye aku cakap berak. Masa tu dah tak ada perasan malu apa lagi dah. Yang aku tahu aku nak meneran nak buang Air besar. Dr td berhenti brief pasal epidural dan keluar. Nurse masuk pastu dia suruh aku teran je buang Air besar. Aku pun teran. 2 kali teran untuk keluarkan najis saing2 tu jugak rasa contraction yang paling2 peak aku rasa. Rupanya jalan dah ada. Nurse pun dok selok lagi dan aku dapat rasa kepala baby dah betul2 nak keluar. Nurse suruh aku teran. Aku ni masih macam tak percaya. Tadi rasa nak buang Air besar je rupanya kena teran terus untuk bersalin. Nurse siap marah aku kata 'puan kata nak teran sangat tadi teran lah!'.
Tak lama tu datang sorang Dr. Indian lelaki. Aku tak tahu nama dia siapa. Dr. ni bagus dia direct aku macam yang dalam video aku tengok. Aku rasa ada semangat sikit nak teran. Dr. suruh aku teran. Aku pun teran. Dr. suruh aku curi nafas. Aku pun curi nafas. Masa ni dahntak boleh ambil deep breath sebab takut kepala baby dah keluar masuk balik. Dalam rasanya 5 kali teran. Keluarlah baby girl terus diletak atas dada aku. Alhamdulillah! Allahuakbar!
Moment:
Baby aku keluar tak nangis tapi tidur sambil hisap jari. Terus nurse halakan puting aku kat mulut baby. Bila Dr. pegang pegang dia baru nangis.
Perjuangan belum berakhir.
Aku sangka keluar baby habis lah kesakitan ni. Rupanya ada lagi 2 peringkat. Nak keluarkan uri dan jahit. Ya Allah Tuhan sahaja yang tahu betapa lah sakitnya masa nak keluarkan uri dan paling sakit masa nak jahit. Masa nak keluarkan uri aku ni agak susah sikit sebab Dr. kata uri tali pusat pendek so Dr. terpaksa seluk dalam sikit dan tekan perut aku sekuat hati. Huish. Masa ni rasa penyek kejap. Tapi berhasil. Aku tanya nurse, uri saya dah keluar ke and nurse kata dah.
"Allahumasolli a'la saidina Muhammad"
Selawat ketika nak potong tali pusat dari pisah kan baby dan uri. Masa ni aku macam nak nangis sikit sebab baby aku dah ada kat alam nyata dan tak perlukan uri. Baby diletakkan terus di atas dada ku. Tak terdaya nak semak sempurna atau tak fizikal anak aku. Yang penting pipi yang pau tu kemerah merahan. Tangan putih pink. Cantik. Cantik anak mama. Alhamdulillah
Pengalaman di bilik bersalin tak habis kat sini je. Berganti Dr. kali ni Dr. perempuan. Dia akan jahit part2 terkoyak kat bawah tu. Masa ni punya lah seriau. Sampai aku terangkat pungggung sikit sebab nak menahan takut bercampur ngilu dijahit. Sambil baby masih di atas dada aku. Bila rasa sakit aku tengok baby, hilang sikit rasa sakit tu.
Selesai dijahit, nurse ambil baby untuk dibersihkan. Dan dikembalikan kepada aku tak lama lepas tu. Sementara baby tido dalam tempat baby yg boleh sorong² tu, aku pun tertido di bilik bersalin tu dalam lebih kurang 1 jam. Keluar je dari bilik bersalin aku text suami aku bagitahu baby kami sihat. Terus suami aku call dengan suara sebak dia. Mesti perasaan dia bercampur baur. Dah jadi seorang ayah. Aku pula dah jadi seorang ibu. Alhamdulillah.
Check in wad 1st class.
Alhamdulillah. Aku dapat jugak wad 2 orang 1 bilik. Aku sangat berharap sebab bilik Air dekat. Aku check in pukul 12. Ada sorang lagi pesakit dah ada kat dalam. Selama 8 jam aku warded kat hospital tu, menahan sakit kat bawah tu. Dengan kekok pegang baby nya lagi. Kak Rozi dtg melawat sebab dia memang keje situ. Kiranya untung lah kak rozi dapat pegang baby fresh fro. Oven. Baru beberapa jam dok wad aku dah rasa nak balik. Baru aku faham, dia tak kesah lah wad 1st ke 2nd ke 3rd ke yang penting semua yg warded nak balik awal. Lagi2 yg bersalin. Tak sabar nak tunjuk baby kat suami.
Alhamdulillah pukul 8 malam aku dapat discharge dari hospital. Sekali dgn akak katil sebelah. Suami amik naik wheelchair. Walaupun tengah pkpb suami aku boleh naik wad dan tolong aku kemas barang dan ambil baby. Sebelum discharge jahitan aku diperiksa oleh Dr. Dr. ni perempuan Muda. Dia check luka aku macam nak bukak balik jahitan. Punya lah kasar. Seolah olah tak ada perasaan. Ni lah kekejaman, layanan buruk yang pertama aku terima selepas bersalin. aku rasa macam nak lempang je Dr. tu. Tak tau ke orang tengah sakit. Dan masa tu memang aku berkerut je dengan Dr. tu.
No comments:
Post a Comment