Ok cite dia memang dah lama nak buat LAsik ni. Sinar aku sesar yang power rabun ni makin lama makin bertambah dan bertambah. Aku ingat statik ja. Zaman sekolah menengah lagi Time tu aku dah pakai contact lens sebab masa tu dah tau rimas pakai spect. Nak bagi lawa sikit time sekolah jugak aku pakai contact lens yang warna coklat gelap Pastu nampak macam mata anime besar besar bulat dan bersinar sinar..walaupun sebenarnya mana boleh pakai macam tu pegi sekolah. Aku pakai jugak nak melawa punya pasal tapi cikgu tak pernah tegur pun sebab diorang ingat natural kot. Sebab mata bulat macam anime tu nampak comel sikit tu ramai crush kat aku tu.. ecehh..
So nak dijadikan cite dah suka pakai contact lens ja. Kalau pakai spect aku jadi x confident. Nampak nerd dan wehh lens tebal woii. Kemana je pegi kalau pakai spect ni ada je yang tanya power berapa.. sebab nampak tebal lah kot. Selalu aku tipu aku kata -300 padahal -800. Ha gitu lah.
Tobat tak nak dah pakai spect sebab kalau nak tahu makin tebal lens makin mahal harga nya. Aku pernah pakai spect paling mahal ialah RM 890. Aku pening dah. Pakai tak lama pun. Kalau power berubah Or frame patah ke dah kena tukar.
And buat LASik pun tak lah murah mana pun sebenarnya. Tapi pada aku berbaloi lah. Telah sebab nak makan Carrot banyak2 sebab nak hilangkan rabun pun dah tak sempat dah. LASik je lah cara yang ada. So aku pun tanya lah kat 1 tempat buy LASik surgery ni dua mata 6k. Ok lah kan. Duit pun ada portion untuk. Buat LASik. Aku check kali pertama dia kata power aku masih tak stable. Pastu dia suruh dtg lagi bulan Ogos 2022 hari tu. Alhamdulillah lepas check2 bagai mata aku boleh buat LASik. Oh sebelum tu aku suspek glukoma sebab lubang salur urat mata aku belah kiri ni besar dari biasa So aku kena refer ke KPJ . Check lagi.. duit pun melayang dlm 3 ratuih lebih. Alhamdulillah tak de glukoma. Dan next boleh lah buat surgery LASik.
Ok hari yang dinantikan masa buat LASik sambil di temani suami tercinta. Anak dok rumah maktok dia kejap. First aku kena pakai baju mcm nak buat surgery betul2 tu lah.. kena sanitize sana sini. Lg2 Part mata optometris bersihkan dan sapu ubat kebas kat mata. Pastu kena tunggu lama kat bilik menunggu sementara Dr. sanitize and prep surgery. Masa menunggu tu aku rasa lama betul sebab mata aku tak nampak. Tak de spect. Aku hanya nampak bayang2 orang ke sana sini. Yelah time tu kan rabun lg. Mata dah rasa kebas semacam. Tunggu aku rasa mcm 1 jam tapi sebenarnya 20 ke 30 mins je.
Ok time masuk bilik bedah tu. Dr. dan 2 orang pembantu minta aku baring kt atas tempat buat surgery tu. Aku pun dok meraba raba jugak sebab tak nampak. Kat mana suruh baring aku pun baring. Tadah lah mata aku ni ha. Dia start buat belah kanan. Time ni nervous dah. Pembantu Dr kat sebelah dah pegang tangan aku. Mata aku dibuka pakai besi bentuk bulat. Aku nampak kat mesin LASik tu ada warna merah dan hijau. Dr. suruh tengok lampu hijau. Aku fokus tang tu je lah. Time Dr letak besi lekat kat mata ku tu aku rasa berat sikit mata. Tak sakit tp rasa mcm smtg diletak atas mata lah. Pastu Dr sapu cecair apa ntah. Aku dah tak rasa apa pun mata dah kebas. Ok Pastu start lah Dr buat flip kan lens depan kornea mata tu. Time tu buta sekejap. Lepas tu nampak balik Dr suruh fokus lampu hijau. Aku dgr je pembantu Dr tu kira 10 sampai 1. Time dia kira tu aku bau macam hangit kena bakar. Yelah mata aku kan yang kena bakar tu. 😬 bakar untuk kebaikan. Sekejap je. Dr cantumkan balik flip tadi. Boh air lepas tu Dr suruh pejam mata then celik balik. Immediately mata kanan aku dah terang. Tak rabun. Walaupun agak blurry sbb air mata yg Dr boh td. Pastu they proceed to the left one. Sama jugak provedure dia. Tak smpai 10 mins aku rasa dah siap. Once done aku direhatkan di bilik sebelah. Kena pakai sheild mata tu.
Lama jugak kena rehat. Aku tak sabar nak jumpa suami aku. Ok lepas dah cukup direhatkan aku pun keluar dan jumpa suami. Dr siap lh bagi semua ubat2 antara ubat yang diberi eye drops dan wet tissue untuk bersihkan mata. Settle dah boleh balik. Aku ada rasa pening2 sikit sebab yelah sebab immediate change kat mata aku dari rabun terus tak rabun kan. Tp tak lah teruk sangat pening nya. Alhamdulillah. Settle.
P/s: balik tu suami ajak makan kat larkin food court. Ha ambik kau menangis aku sebab mata pedih yang amat. Last2 tak jadi makan bungkus makan kat rumah. Memang lepas surgery kena terus tido ya. Jgn mengada nak makan kat luar dan sebagainya. Hilang ubat kebas,,pedih dia tu macam luka kena angin. Huushh pedih gile. Balik terus tido. Suami pulak rasa bersalah. Sian..
No comments:
Post a Comment