Wednesday, October 30, 2019

Journey to N41

Assalamualaikum

Cerita ini sekadar untunk mengenang kembali kesusahan aku nak dapat kerja kerajaan. Dah senang agak agak hampir lupa diri boleh baca balik. 😅

Sebermulanya kisah pencarian kerja aku sejak aku habis belajar di UiTM. Balik je ke Johor, aku menggeletis untuk cari kerja. Nak ada duit sendiri. Pada masa tu aku fikir biarlah kerja apa pun yang penting ada dekat dengan rumah dan ada gaji. Jadi aku pun mencuba nasib di deretan kedai di dalam kawasan perumahan aku. Kebetulan pagi tu aku dan mak lalu di hadapan satu kedai baby. Jual barangan bayi. Aku dah lama tengok kedai tu dan fikir kalau boleh nak kerja kat situ sebab aku teruja tengok barangan bayi yang dijual di situ. Comel comel sangat. Rezeki aku juga sebab kedai barangan bayi tersebut memang sedang memerlukan pekerja. Aku terus masuk dan menanyakan tentang kekosongan. Aku terus di temuduga oleh tuan punya kedai, K. Hana.

Beberapa hari berlalu, tiba tiba ada satu panggilan telefon pagi tu dari K. Hana suruh aku datang kerja pada hari itu juga. Dalam keadaan masih mamai, aku minta tangguh ke hari esok. Sebab aku masih belum puas bangun tidur lambat. Hehe. Aku dan tidur memang tak dapat dipisahkan. Hobi peribadi aku adalah tidur. Namun, pada masa itu k. Hana mengugut aku dalam cara yang baik, katanya kalau aku tak datang hari tersebut, dia akan panggil orang lain untuk bekerja. Aku pun apa lagi, terus lah. Baik Kak saya datang sekarang 😩. Terpaksa meninggalkan tempat tidur aku. Bersiap dan terus ke kedai. Maka di situ bermula lah kerja aku sebagai seorang promoter merangkap cashier kedai bayi. Di situ aku berkenalan dengan 2 orang rakan sekerja yang sangat happening dan baik, Aini dan Esya. Boss ada dua orang, husband and wife. K. Hana dan En. Shah(boss). Pernah satu hari aku tersasul panggil dia En. Shah 😅. Ingat kerja kat office? Aku dengar dengar En. Shah ni seorang pegawai kerajaan beroangkat tinggi. Bekerja di pejabat tanah sama dengan kak nolin. Kak nolin pun kenal dengan En. Shah ni. Kata kak Nolin en shah ni macam berlagak sikit orangnya. Tapi memang betul pun. 😝

Nak dijadikan cerita pada suatu malam, waktu tu ramai pelanggan datang. Aku pula disuruh oleh 'bos' untuk ambil pampers di stor simpanan barang yang terletak selang 4-5 kedai dari baby shop tersebut. Seorang diri dalam gelap. Aku rasa sangat tak patut menerima task tersebut tambahan pula malam. Sememangnya angkat barang dari stor tersebut ke baby shop selalu kami buat. Biasanya waktu pagi. Ini dia suruh malam. Aku sengaja melambat lambat kan. Padan muka  'bos'. Dan dia sibuk tengok duit masuk. Dasar bos mata duitan. Tak kisah langsung pada kebajikan pekerja. Aku dah lah perempuan sorang diri ke stor yang gelap tu. Aku memang nekad dapat je kerja aku terus blah dari situ. Tak dilupa, walaupun aku dah bekerja selama 6 bulan, aku tidak ada potongan KWSP dan SOCSO. This boss was really mean. 

Genap 6 bulan aku kerja di baby shop tersebut, aku dapat tawaran bekerja sebagai purchasing clerk di City Square Johor Bahru. Yes, very far from my home. Gaji bulanan RM 1,200.00. Lima hari kerja, 2 hari cuti. Sabtu ahad. Procedure HR di situ sangat perfect. Aku respect dengan HR manager dia. Sangat menjaga kebajikan pekerja dan menitik beratkan pasal gaji. Aku boleh nampak passion dia memang sangat ke arah HR dan sangat berpengalaman. She really love her job. Di sini, aku yang paling muda. Yang lain semua dah kahwin, dah beranak pinak. Aku dengan sorang lagi bahagian operation ni kira muda lah belum kahwin. Nama dia Tiha. Hampir 3 bulan aku kerja di situ. Aku rapat dengan Tiha je lah. Environment kerja di situ agak pressure sebab sangat mementingkan performance. Yelah swasta kan. Jadi, iri hati sama satu dengan yang lain tu biasa. Dan sentiasa nak show off kerja masing2. So kerja pun kalau boleh sampai ke malam. Aku memang tak lah nak sampai malam. 💁 Dah gaji kecil. Aku pulak duduk jauh. Rasa tak berbaloi lah jugak walaupun dia bagi voucher makan percuma sebanyak RM 200 sebulan. Masuk bulan ketiga aku dengar cerita Tiha nak berhenti sebab dapat offer lagi better dekat satu company di nusajaya. Aku pun menggeletis lagi lah cari kerja lain jugak. Selang beberapa minggu Tiha berhenti aku berhenti. Aku dapat kerja sebagai seorang pensyarah di satu kolej swasta. Dengar macam gempak kan. Bestnya jadi lecturer muda. Masa tu aku baru 22 tahun. Aku pun happy lah dapat kerja tu. Family aku especially abah happy sangat cerita kat orang anak dia dapat jadi lecturer. 

Kolej swasta tersebut dimiliki oleh husband and wife lagi. Kali ni India. Kat sini nama je lecturer tapi tak ada bilik khas pun untuk lecturer. Dia bagi satu bilik kecil untuk 3 orang lecturer termasuk aku. First time masuk bilik tu aku tanya lagi sekali dengan principal perempuan tu. Ini ke bilik saya? Bilik tu macam sarang tikus. Barang penuh. Bersepah pulak tu. Aku dah tak sedap hati. Tapi aku ubah sendiri meja aku ikut selera aku. Tu pun terpaksa berhimpit dengan lecturer lain. 💆Aku mengajar management. Segala subjek berkaitan management aku ajar. Student aku semua memang lepasan SPM dan semua India. So korang boleh bayang kan tak? Seram jugak lah masuk kelas aku sorang melayu yang lain tu India dan tak ramai perempuan. Lecturer semua india. Kerani je melayu sorang dan katanya lama dah kerja situ. Selepas beberapa bulan aku kerja kat sini aku ditugaskan untuk mengajar di masai pada setiap hari jumaat. Fyi, no mileage will be counted. Duit minyak, kereta semua pakai aku punya sendiri. Principal yang laki bini ni pulak memang sesuka hati dia mengarah orang tanpa tanya peesetujuan aku. Aku dengan terpaksa drive lah ulang alik ke masai. Di masai tu pulak, aku ingatkan adalah orang yang akan teman aku, ataupun kerana ke jaga kat situ tapi hampa belaka. Ternyata aku sorang. Aku lah yang jaga aku lah yang me gajar aku lah yang kutip yuran 🤦. Aku boleh bertahan pulak tu kerja selama 6 bulan lebih. Tak cukup dengan tu ada beberapa hari ni dia suruh aku ke Mount Austin juga. Sebab tiada lecturer. So korang bayangkan aku ulang alik 3 tempat termasuk tempat asal di nusa bestari dengan duit minyak tanggung sendiri. Gila apa. Aku pernah satu hari tu balik rumah dah maghrib. Masa solat, time rukuk tu aku dah tak nampak apa. Rupanya aku pitam. Abah nampak aku terbujur dengan telekung. Ha panic satu rumah. Gitu lah. Masuk bulan ketujuh aku berhenti. Dan apply untuk jadi PSH pekerja sambilan harian di tempat intern aku dulu. UTM International. 

Masa jadi PSH ni adalah antara momen momen kebahagiaan aku lah. Aku kenal dengan ramai orang. Plus, aku dah kenal dah most of them hasil dari 2.5 bulan aku intern kat sini dulu. Masa kat sini aku kenal dengan PSH lain. Yang aku rapat, Munzir, Dila dan Sayem. Sorang lagi Iman(intern). Sampai sekarang amsih berkawan. Paling rapat dengan Dila dan Munzir. In sha Allah kalau aku free aku akan buat entri khas cerita pasal diorang k. Hehe. Masa PSH ni aku kerja dengan Dr. Diana. Dr. Memang baik orang nya. Aku suka dia. Down to earth and banyak nasihat berguna dia bagi kat aku. Banyak bagi hadiah untuk aku juga. Hehe. Tapi sayang tak lama aku kerja sebagai PSH sebab aku ada misi besar. Aku nak kahwin wey. Aku harapkan gaji tetap bulanan bukan gaji hari. So aku memang tak nampak lah potensi aku untuk berkembang sebagai PSH kat sini. Jadinya aku berhenti lepas dapat tawaran sebagai logistic exec di City Square lagi. 

Kali ni gaji besar. Dia offer RM 2k. Aku pun accept. Ha. Sekali kerja pehh... Hari hari masuk office macam masuk penjara beb. Sistem dah lah complicated. Yelah maybe sebab aku tak ada basic logistics. Lepastu kerja menimbun. Suruh overtime tapi tak berbayar. Salah key in kena bayar pakai duit sendiri. Rakan sekerja tak membantu. Memang teruk lah. Semua perempuan dalam office tu. Aku kerja dua bulan je lepas tu aku bagi notis 24jam. Sebab esoknya lepas berhenti tu aku nak kerja tempat baru. Jadi kerani. 

Aku dapat tawaran jadi kerana aka pembnatu tadbir di sebuah sekolah rendah islam swasta. Aku suka kerja aku. Senang walaupun Haji tu banyak kerenah tapi aku berjaya lah manage sekolah tu dengan baik. Hampir genap 8 bulan aku kerja di sini. Banyak benda yang aku belajar, aku ubah, aku perbaiki dalam sistem pengurusan sekolah ni. Dan akhirnya,... Aku berhenti jugak.

Aku dapat tawaran sebagai Pegawai Tadbir Gred N41 di UTM! Jawatan yang aku idam idamkan selama ni. Dan tetap pulak tu. Ya Allah, sesungguhnya ini adalah rezeki. Rezeki tak salah alamat. Usaha aku selama ni paid off. Alhamdulillah!

Esok 31/10/19 hari last aku kerja kat sekolah. Aku tak tahu lah nak rasa apa. Rasa tak nak pergi kerja je sebenarnya. 😅 Nak tidur. Aku perlukan rehat yang banyak. Mula dari hari aku lapor diri 3/11/19 ni aku akan berkhidmat selama 36tahun untuk UTM. Aku perlukan tidur yang cukup. Tidur lagi. Hahah.

So itu sahaja untuk entri kali ni. Last quote dari aku
"percayalah pada rezeki yang Allah dah tetapkan untuk hambanya yang BERUSAHA. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang baik bagi orang yang SABAR. Sesungguhnya rezeki itu adalah UJIAN yang nyata maka tetaplah TAWAKAL kepada Allah."

Sekian, 
Cik Tukang Taip
31/10/19

No comments:

Post a Comment

Rabun Jauh

Alhamdulillah dah dekat 6 bulan lepas aku buat LAsik surgery. Ya aku ni dulu rabun jauh. Power tinggi uh, -850 belah kanan belah kiri -800. ...