Tuesday, July 4, 2023

Rabun Jauh

Alhamdulillah dah dekat 6 bulan lepas aku buat LAsik surgery. Ya aku ni dulu rabun jauh. Power tinggi uh, -850 belah kanan belah kiri -800. Ha bayangkan ketebalan lens cermin mata aku. Bila pakai spect asik melorot ke hidung dah lah hidung x berapa mancung. Hehe. 

Ok cite dia memang dah lama nak buat LAsik ni. Sinar aku sesar yang power rabun ni makin lama makin bertambah dan bertambah. Aku ingat statik ja. Zaman sekolah menengah lagi Time tu aku dah pakai contact lens sebab masa tu dah tau rimas pakai spect. Nak bagi lawa sikit time sekolah jugak aku pakai contact lens yang warna coklat gelap Pastu nampak macam mata anime besar besar bulat dan bersinar sinar..walaupun sebenarnya mana boleh pakai macam tu pegi sekolah. Aku pakai jugak nak melawa punya pasal tapi cikgu tak pernah tegur pun sebab diorang ingat natural kot. Sebab mata bulat macam anime tu nampak comel sikit tu ramai crush kat aku tu.. ecehh.. 

So nak dijadikan cite dah suka pakai contact lens ja. Kalau pakai spect aku jadi x confident. Nampak nerd dan wehh lens tebal woii. Kemana je pegi kalau pakai spect ni ada je yang tanya power berapa.. sebab nampak tebal lah kot. Selalu aku tipu aku kata -300 padahal -800. Ha gitu lah.

Tobat tak nak dah pakai spect sebab kalau nak tahu makin tebal lens makin mahal harga nya. Aku pernah pakai spect paling mahal ialah RM 890. Aku pening dah. Pakai tak lama pun. Kalau power berubah Or frame patah ke dah kena tukar.

And buat LASik pun tak lah murah mana pun sebenarnya. Tapi pada aku berbaloi lah. Telah sebab nak makan Carrot banyak2 sebab nak hilangkan rabun pun dah tak sempat dah. LASik je lah cara yang ada. So aku pun tanya lah kat 1 tempat buy LASik surgery ni dua mata 6k. Ok lah kan. Duit pun ada portion untuk. Buat LASik. Aku check kali pertama dia kata power aku masih tak stable. Pastu dia suruh dtg lagi bulan Ogos 2022 hari tu. Alhamdulillah lepas check2 bagai mata aku boleh buat LASik. Oh sebelum tu aku suspek glukoma sebab lubang salur urat mata aku belah kiri ni besar dari biasa So aku kena refer ke KPJ . Check lagi.. duit pun melayang dlm 3 ratuih lebih. Alhamdulillah tak de glukoma. Dan next boleh lah buat surgery LASik.

Ok hari yang dinantikan  masa buat LASik sambil di temani suami tercinta. Anak dok rumah maktok dia kejap. First aku kena pakai baju mcm nak buat surgery betul2 tu lah.. kena sanitize sana sini. Lg2 Part mata optometris bersihkan dan sapu ubat kebas kat mata. Pastu kena tunggu lama kat bilik menunggu sementara Dr. sanitize and prep surgery. Masa menunggu tu aku rasa lama betul sebab mata aku tak nampak. Tak de spect. Aku hanya nampak bayang2 orang ke sana sini. Yelah time tu kan rabun lg. Mata dah rasa kebas semacam. Tunggu aku rasa mcm 1 jam tapi sebenarnya 20 ke 30 mins je. 

Ok time masuk bilik bedah tu. Dr. dan 2 orang pembantu minta aku baring kt atas tempat buat surgery tu. Aku pun dok meraba raba jugak sebab tak nampak. Kat mana suruh baring aku pun baring. Tadah lah mata aku ni ha. Dia start buat belah kanan. Time ni nervous dah. Pembantu Dr kat sebelah dah pegang tangan aku. Mata aku dibuka pakai besi bentuk bulat. Aku nampak kat mesin LASik tu ada warna merah dan hijau. Dr. suruh tengok lampu hijau. Aku fokus tang tu je lah. Time Dr letak besi lekat kat mata ku tu aku rasa berat sikit mata. Tak sakit tp rasa mcm smtg diletak atas mata lah. Pastu Dr sapu cecair apa ntah. Aku dah tak rasa apa pun mata dah kebas. Ok Pastu start lah Dr buat flip kan lens depan kornea mata tu. Time tu buta sekejap. Lepas tu nampak balik Dr suruh fokus lampu hijau. Aku dgr je pembantu Dr tu kira 10 sampai 1. Time dia kira tu aku bau macam hangit  kena bakar. Yelah mata aku kan yang kena bakar tu. 😬 bakar untuk kebaikan. Sekejap je. Dr cantumkan balik flip tadi. Boh air lepas tu Dr suruh pejam mata then celik balik. Immediately mata kanan aku dah terang. Tak rabun. Walaupun agak blurry sbb air mata yg Dr boh td. Pastu they proceed to the left one. Sama jugak provedure dia. Tak smpai 10 mins aku rasa dah siap. Once done aku direhatkan di bilik sebelah. Kena pakai sheild mata tu. 

Lama jugak kena rehat. Aku tak sabar nak jumpa suami aku. Ok lepas dah cukup direhatkan aku pun keluar dan jumpa suami. Dr siap lh bagi semua ubat2 antara ubat yang diberi eye drops dan wet tissue untuk bersihkan mata. Settle dah boleh balik. Aku ada rasa pening2 sikit sebab yelah sebab immediate change kat mata aku dari rabun terus tak rabun kan. Tp tak lah teruk sangat pening nya. Alhamdulillah. Settle.

P/s: balik tu suami ajak makan kat larkin food court. Ha ambik kau menangis aku sebab mata pedih yang amat. Last2 tak jadi makan bungkus makan kat rumah. Memang lepas surgery kena terus tido ya. Jgn mengada nak makan kat luar dan sebagainya. Hilang ubat kebas,,pedih dia tu macam luka kena angin. Huushh pedih gile. Balik terus tido. Suami pulak rasa bersalah. Sian..

Monday, November 8, 2021

Sambung Belajar vs Berhenti Kerja

Bismillahirrahmanirrahim

Konvokesyen satu istiadat yang paling ditunggu-tunggu oleh semua graduan. Dah penat belajar 3-5 tahun, Konvokesyen ni lah masa untuk meraikannya. aku alumni UiTM cawangan Seremban 3, Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi. panjang kan nama course aku kalau kat UTM nama Kursus ni dipanggil program. Pernah satu hari aku terfikir, aku rasa pelajar tu macam komputer then program ni lah yang akan diisi atau diinstall dalam pelajar. sebab tu lah nama dia program. pelajar pun dah macam komputer. ok tu hanya imaginasi aku. 

aku dah genap 2 tahun bekerja di UTM. Sedihnya aku masih belum confirm sebab aku ada fail satu paper masa exam perkhidmatan. memang lemah semangat lah dapat tahu fail. aku baru lepas pantang masa tu. UTM pun lama betul nak confirm kan aku. sampai macam2 dah terjadi dalam hidup peribadi aku. kahwin, mengandung, bersalin, ada anak, pun masih tak nak confirmkan aku. masa aku awal2 join UTM ni masih bersemangat postpone pulak exam tu sebb covid-19. so aku pun tak salahkan pengurusan. benda memang semua kena hadapi cuma aku malas tu kena retake exam ni. tu je yang aku tak puas hati. sementara nak retake exam tu aku dah buat macam 2 untuk UTM. especially konvo, smpai ke istana johor jumpa che puan aku pergi pun tak nak confirmkan aku jugak. Dar seamngat bekerja sampai kadang2 tu aku struggle jugak nak kembalikan momentum untuk bekerja tu.

Baru baru ni akau ada join satu program ni nama dia Transformasi Minda. Semua diwajibkan lah join program ni. Untuk transform minda kitaorang supaya lebih komited terhadap UTM. Ada satu slot dalam program ni minta cari the big why yang menyebabkan kitaorang nak bekerja di UTM. aku tetiba blur. aku tak jumpa sebab kukuh aku bekerja kat UTM ni. NI memang pengakuan jujur dan ikhlas. AKu nampak sebab duit je. kalau aku tak kerja siapa nak tolong suami aku kalau kitaorang short perbelanjaan setiap bulan tu. so gitu lah. sebabnya adalah duit.

bila aku fikir balik berniaga pun boleh dapat duit tapi disebabkan aku punya skill berniaga tak berapa nak mahir aku bekerja je lah jawabnya tapi mungkin satu masa nanti aku akan mula berniaga juga berniaga apa aku pun tak sure lagi. kalau semua ok baru aku boleh berhenti kerja. 

AKu pun teringin nak jaga anak betul2 , nak jaga makan pakai suami, anak-anak. bila bekerja kadang-kadang baju pun tangkap muat je. asalkan tak payah gosok aku terus sarung. aku teringin nak ada anak ramai. kalau bekerja mana boleh nak ada anak ramai sangat nanti tak menang tangn. paling ramai pun aku pernah dengar anak pegawai ada 2 orang. ye memang lah rezeki orang kan lain2. tapi nak cuti bersalin yang 3 bulan tu pun rasa bersalah sebab lama. balik2 dari cuti,,,nahh amik keje banyak plus keje yang sebelum ni org tolong buatkan tu akan jadi beban kau semula. kalau kau dapat org yang ganti tu betul2 buat keje kau dengan baik ok. kalau dapat asal boleh. beban keje tu jd kat kau bila kau dah naik keje nanti. itu lah anatar sebab oegawai tak nak anak ramai sebab komitmen kerja banyak.

lepas dah bersalin nak kena pam susu dan sebagainya. memang takde orang marah kau tutp pintu lelama sebab nak pam susu tapi tu lah. rasa tak sedap2 lagi bila bilik boss berhadapan dengan kau tapi kalau tak pam nanti sakit. gitu le. 

kadang2 aku terfikir akalu duduk rumah ni macam2 aku boleh buat. aku suka menjahit. dan sebenarnya aku suka memasak kalau ada masa lebih cuma tu lah sekarang ni bila dah bekerja sambil jaga anak urus kan rumah semua, balik rumah untuk tidur je. suami aku yang cergas buat semua benda. dan aku baru tahu menyusukan baby ni buat sakit pinggang dan consume banyak tenaga. aku menaip sambil mengepam pun rasa macam nak tercabut tangan dari badan. haha. sakit belakang tak payah cakap lah. tapi bila tengok hasil pam banyak dan bayangkan anak akan minum susu tu untuk membesar dengan sihat dan kuat, terubat semua rasa sakit. yelah orang kata susu ibu ni banyak khasiat untuk baby. 

sehari selepas anak aku lahir, nurse yang datang rumah tu bagitahu anak aku ada jaundice. kena bawak ke klinik setiap bulan amik darah. aku dah seram sejuk dah dengar, sedih jugak, dan masa tu susu aku memang tak banyak keluar lagi. tapi apa pun aku try jugak bagi baby aku susu badan. sebab baby aku dah pandai menghisap. aku nasihatkan mak mak yang ada anak jaundice masa sehari lepas lahir tu jangan gelabah sangat terus cari susu tepung dan sebagainya, sesungguhnya Allah SWT tu Maha Mengetahui. susu yang sikit keluar tu sebanarnya cukup untuk baby, jangan berhenti susu kan dan terus bagi susu formula. biarlah makanan pertama yang buat baby kita kenyang di dunia ni adalah susu ibu. InsyaAllah kalau ada rezeki berjumpa dengan baby yang kita lahirkan tu, susukan lah walaupun sekejap. dan kalau boleh sampai dia kenyang.

alhamdulillah lepas berurut dgn makcik aku. aku susu badan aku pun bertambah. 3 kali je pegi klinik lepas tu Dr. sahkan dah tak de jaundice. Dr. pun pelik kenapa nurse ckp ada jaundice padahal tak de pun. 

aku banyangkan kalau suri rumah mesti bebas je kan nak pam boleh nak direct bagi pun boleh. masa baru2 kerja aku pernah tak pam beberapa hari sebab tak sempat. lama2 susu macam kurang aku dah risau dah. aku kalau boleh nak susu kan Eliya sampai umur 2 tahun. aku pun cari lah produk milk booster yang ada kat pasaran. Alhamdulillah jumpa dengan momma pregolect, rasa dia sedap. susu pun banyak. serta merta lepas minum malam tu. terpaksa pam tengah2 mlm sebab rasa sakit susu penuh. 

bila fikir sekali, jadi suri rumah ni aku kena masak, basuh, lipat kain kemas rumah , jaga anak, jaga suami semua mungkin suami aku tak kan tolong dah sebab mungkin dia fikir semua aku dah buat dan tak perlu siap2 kan makanan baby, bekalkan susu baby , baju semua sebab aku dah ada kat rumah. tapi yang bagusnya untuk aku. kalau aku jadi suri rumah banyak masa boleh spend untuk anak, besarkan anak depan mata. tak kesah ada ramai anak pun sebab tak payah cuti sampai 3 bulan lepas bersalin, dari segi duit pun tak payah fikir sebab suami ada bekerja.

Boleh je sebanarnya untuk aku berhenti kerja cuma berani atau tak je. aku dah biasa bekerja ada duit sendiri. tapi kalau duduk rumah je pun nanti mesti aku bosan. of course aku akan start berjual. semestinya. mana boleh duduk diam. lebih lebih lagi kalau anak aku dah besar dah pegi sekolah. mentaliti masyarakat sekarang je yang fikir kalau isteri tak ada kerjaya ni tak pandai berdikari lah, duduk rumah jaga anak je, padahal memang tu lah tugas isteri. lebih baik duduk rumah dari berurusan di luar. cuma isteri zaman skrg ni fikir kena bekerjaya supaya kehidupan lebih terjamin. kalau suami bertangungjawab aku rasa takde masalah pun utk duduk rumah jadi suri rumah. sesungguhnya kerja kat rumah as domestic engineer ni lebih banyak kerja dan takada cuti. 

so macam aku bekerja sekarang memang hari2 nak pergi kerja dalam kepala aku nak hantar baby aku kat taska je dah boleh buat aku murung. sbb rindu anak.Bila dah dekat office, mengira jam pukul berapa nak balik ni nak amik anak dari taska pukul 5 jap lagi. bila tengah keje tetiba sakit kena pam susu. tengah duk buat keje rindu kat anak , mood bersimpang siur. bila rasa nak buat kerja buat bila rasa taknak ha start lah tulis blog pulak (ha aku lah tu). tak fokus, tapi tak elok sebenarnya mcam ni. aku akui. tapi dari buat kerja tak bersungguh baik aku tunggu mood yang sesuai untuk buat kerja betul2 nanti. balik rumah petang. masak untuk suami kalau tak penat. kalau penat maksudnya makan luar je lah tak pun nasi goreng je. kalau lg teruk buat2 kenyang je lah terus tidur. sementara tidurkan baby dengan mama dia tidur sekali. konon nak tidur sekejap last2 sampai ke pagi esok. esok nya pegi keje lagi. perkara yang sama dok ulang2. gitu le.

cakap pasal sambung belajar, bukan tak nak tapi untuk apa. nak belajar kena ada duit, masa, kesungguhan...aku tak de, nak lepas exam perkhidmatan pun susah. lepas aku habis degree aku dapat hutang ptptn, which is sepatutnya education should be free. aku tengok yang ada gelaran Dr. kat UTM ni kerja mereka tak mudah. dah lah belajar susah, keje susah, semua nya nampak stress je. bila fikir sekali memang lah best ada Dr. dan sebagainya tapi bila fikir lagi mampu ke tak aku nak buat tu. namun aku tak lah menafikan keinginan aku memang ada nak sambung belajar. cuma masa belum sesuai, aku kean settle down, Eliya kena dah pandai urus diri, suami aku bagi ke tak. suami kot, pangkat dia lagi tinggi dari segala Dr. dan apa pun gelaran aku nanti. aku taknak suami aku rasa rendah hati kalau aku belajar lagi tinggi, aku tak nak suami aku rasa iri hati, uishh seram nyeh kalau suami aku rasa tak puas hati ke apa. kat mulut kata support kat hati Tuhan je yang tahu. 

kesimpulannya, Dr. ke Prof. tak menjamin syurga untuk aku, cukup membahagiakan ibu bapa aku, membanggakan anak aku dan keluarga aku, tapi yang pasti gelaran membawa amanah, lg besar gelaran melayakkan lebih besar pangkat, lebih besar pangkat lebih besar amanah. Pada aku, sesungguhnya amanah yang paling besar adalah anugerah Anak. untuk mendapat anak perlu menjadi isteri, untuk menjadi isteri perlu ada suami yang perlu ditaati, mentaati sehingga diiktiraf seorang suami sebagai bidadari syurganya. menjamin syurga pangkatnya adalah bidadari syurga buat suami. bahagia dunia dan akhirat bersama orang-orang yang aku sayang didunia sehingga ke syurga. sebab pada akhirnya aim kita adalah syurga.

macam tu lah. aku tak kata segala gelaran tu tak berguna cumanya, apa guna gelaran pangkat dan harta kalau merisikokan diri membuat dosa. aku pernah dengar ceramah Ustazah Asma Harun, ada seorang isteri bertanya, apa balasan kebaikan yang dia dapat bila setiap bulan suami minta bayarkan bil, belanja barang rumah dan sebagainya. bukankah semua tu tugas suami? Ustazah jawab, betul duit isteri, adalah duit isteri suami tak ada hak dengan duit isteri tapi sesungguhnya setiap harta yang kita belanjakan ikhlas untuk keluarga, untuk suami dianggap sebagai sedekah. jika kita benar2 ikhlas , InsyaAllah Allah akan balas dengan sebuah istana di syurga kelak. WaAllahu'alam. Tu lah yang aku pegang, korang boleh bayangkan tak, istana kat syurga bukan istana biasa2 tau, istana dari emas permata perak dan sebagainya yang indah2. and istana tu untuk kita bersenag lenang di dalam nya. lagi satu, belanja kita untuk kelaurga itu dianggap sebagai sedekah, pangkatnya macam sedekah, pahala orang bersedekah ni di dunia lagi Allah SWT dah balas. apatah lagi kat akhirat. 

Itu lah, macam sekarang ni Allah SWT masih bagi aku rezeki kerja ni supaya aku dapat bersedekah. kalau pun aku dah tak bekerja nanti aku percaya rezeki tu akan sentiasa ada untuk aku bersedekah lagi dengan cara macam mana aku pun tak tahu. Sesungguhnya Allah Maha Mangetahui yang mana yang baik untuk aku. 

Tiap hari aku berdoa andai kerja ni terbaik untuk aku maka aku mohon beri lah aku semangat untuk bekerja dengan bersungguh sungguh, andai kerja ini boleh membuat aku berdosa maka aku mohon kepada-Mu Ya Allah agar memberikan aku jalan dan rezeki yang lebih baik untuk aku. 

InsyaAllah. nanti rajin2 aku update lagi. taip time lapar ni memang panjang. haha. BTW, suami aku tak tahu aku ada blog ni. kalau suami aku tahu mesti senyum meleret kan bila baca blog ni sebab aku nak puji suami aku suami yang baik. Alhamdulillah, lelaki kiriman Tuhan. kadang2 aku terfikir, perbuatan baik apa je lah yang aku pernah buat kat dunia ni sampai dapat suami sebaik dia. 
  


Mengandung Part 2

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua,

Pejam celik pejam celik dah cukup bulan dah aku ni mengandung. Tengah tunggu hari nak bersalin. Dan aku masih bekerja. haha. Acah lah nak jadi pekerja yang komited. Kejo tak siap lagi. nak tinggalkan rasa macam tak sedap je. tapi so far aku hampir 60 peratus dah settle. InsyaAllah aku boleh bersalin dan bercuti dengan tenang.

Ok. aku nak cite pasal trimester akhir ni . Aku dah tak check kat klinik swasta starting dari 6 bulan pregnant. Dr. suruh datang masa 7 bulan tapi masa ni aku agak kesuntukan masa dan duit jadi aku tak jadi lah pegi check up dan scan dekat klinik swasta.

So aku check kat klinik kesihatan je. Klinik Kesihatan Taman Universiti. tu pun aku dah macam naik muak tengok klinik tu. setiap bulan 2 kali aku pegi untuk check up. masa awal awal pregnant sebab HB aku rendah. that's why kena datang 2 minggu sekali. dah nak akhir pregnant ni lagi dahsyat kena datang setiap hari. sebab berat aku naik banyak. setiap 2 minggu 3 kg naik. and badan aku bengkak abnormally sampai staf kat office pun hampir tak kenal. Ya. alahan pregnant. sebelum pregnant berat aku 45 kg sekarang dah 75 kg naik 30 kg. hmm..tu lah pengorbanan seorang ibu. harapnya lepas pantang aku boleh dapatkan balik berat aku yang asal. Tapi aku dah prepare siap2 mentally. naik badan lepas bersalin ni benda biasa. tapi tak nak lah naik sangat. kita tengok nanti macam mana. bayangkan lah time pregnant ni dengan suami aku sekali naik badan. Aku makan dan paksa suami aku pun makan sekali so aku ada teman makan sesama. 

pernah satu hari tu masa awal2 aku teringin sangat makan cha mee kat hutan bandar jb tu. tapi malangnya masa lalu nak parking tengok2 kedai tu tutup. hmm apa lagi yang ibu mengandung boleh buat kalau tengah sedih... terus menangis sampai sedu sedan. suami pun tak sangka. udah nya pergi kantin sekolah tempat mak kerja. makan kat situ. terus ok. 

alhamdulillah beberapa minggu sebelum due bersalin hari tu suami bawak jugak pergi and dapat lah makan cha mee tu kalau tak ada kang suami aku pergi sarawak beli. haha. time tu pulak tengah PKP sebab Covid-19 memang tak boleh rentas negeri. kalau boleh agaknya aku dah ajak suami aku pergi Sarawak kot. haha.

masa 5 bulan ke 6 bulan macam tu teringin nak makan cempedak pulak. aku tak de lah suka sangat cempedak tapi kalau cempedak goreng tu memang ngam. tapi kali ni ngidamnya nak makan cempedak je. dah lah memang tak musim...ada lah satu kedai tu memang jual buah buahan. walaupun tak de musim dan musim banjir pulak time tu. tp kedai tu ada lah 1 2 biji dia jual. yang terselamat dari benjir katanya. haha. suami aku pun beli lah jugak walaupun harga mcm 3 kali ganda harga cempedak biasa. nak buat macam mana isteri mengidam. haha

time nak due masa tu memang rajin minum air kelapa. asal lalu kat kedai buat Adam fruit tu mesti singgah beli air kelapa. Gitu lah selera makannya bukan main dahsyat makan saja.

Aku bersyukur sangat dapat suami yang memahami. muka, badan aku semua dah lain tak macam masa sebelum kahwin. Suami aku redha je, tak de pun nak kata apa. mungkin sebab akau tengah pregnant so dia pun ok je. dalam fasa ni aku dah rasa dah beratnya bawak badan sendiri. ke hulu hilir bawak perut. dan paling best masa ni suami aku sentiasa ada dengan aku. belum kerja lagi. Masa paling manja lah ni. pegi keje balik keje semua suami aku hantar dan amik. makan pun setiap hari lunch bawak keluar makan. 

so mari lah sama2 mendoakan kelancaran aku bersalin nanti. due 11 April 2021.



Tuesday, September 21, 2021

Wifey

HOUSEWIFE VS WORKING MOM

Bismillahirahmanirrahim

21 Sept 2021: Aku hampir 2 tahun dah keje dalam sektor awam di UTM ni. Hari ni aku dapat result Peperiksaan Perkhidmatan, hampanya aku gagal satu daripada 3 paper. jadinya aku terpaksa hadir semula kelas dan hadir jawab exam tu semula.

Baru-baru ni aku ada hadir satu program wajib untuk sah jawatan. Prigram Transformasi Minda. Program ni dibuat secara online sebab COVID-19. Sepanjang program aku bersyukur sangat sebab aku dapat jaga baby aku sepenuh masa. dalam masa yang sama hadir program tu. 

Aku tak excited pun untuk hadir PTM ni dan sah jawatan atau tidak. tapi aku hadir sebab aku nak cari balik the BIG WHY aku nak teruskan berkhidmat kat UTM ni. aku hadir sekadar hadir untuk penuh kan syarat sah jawatan. aku tengok peserta lain kebanyakan nya memang semangat nak hadir dengan jayanya PTM ni. aku? aku lagi excited dengan keje2 rumah, masak, kemas, dan yang paling aku suka layan baby aku. 

Kegagalan aku mencari the BIG WHY tu buatkan aku rasa penat keje. Penat sebab aku tak ada hati untuk keje. asal bukak laptop rasa nak nangis. Banyak kali aku doa dalam hati ni supaya diberikan semangat dan kekuatan untuk bekerja. 

Bila ditambah dengan aku gagal exam ni buat aku rasa lagi penat. Sedih sampai rasa nak berhenti. rasa susah nak terima terpaksa hadir exam sekali lagi. aku rasa aku ditakdirkan keje kat sini hanya utk 8-5, cukup bulan gaji.

aku nak berhenti kerja tapi bila fikirkan suami aku kesian keje sorang, dan tambahan pula aku ni meniaga pun tak pandai last2 itu lah yang aku dapat. aku kerja kerana duit, kerana pencen, tiada istilah kerana performance, tiada istilah kerana nak develop diri. aku tak jumpa di UTM. Di sini aku belajar tentang persaingan, penindasan, tak ada senangnya semua susah. tak ada kawan, penat. 

Tapi aku kena teruskan juga untuk bantu suami aku cari duit, untuk kesenangan anak aku bila aku dah tak ada nanti.

Semoga segala usaha dan kepenatan aku mencari nafkah ni mendapat redha Allah SWT dan rezeki aku berkat. Aku harap walaupun aku bekerja rumahtangga aku tak terabai, harap aku boleh tetap dekat dgn Allah SWT.  

p/s: Setiap hari aku doa supaya aku boleh bekerja sambil jaga baby aku sepenuh masa dan dalam masa yang sama bekerja. WFH buat kan hasrat aku tercapai. itu lah hikmah disebalik wabak. namun dalam masa yang sama aku doa juga supaya rezeki aku tetap berkat. insyaAllah.

Wednesday, May 5, 2021

Pesan untuk Sayang mama

Assalamualaikum baby mama

Sayang,
Nur Eliya Aisyah binti Mohamad Norazlie 
Sayang yang cantik secantik nama diberi.

Sayang,
Mama rindu Sayang ada dalam perut mama. Mama proudly bawak Sayang ke sana sini 9 bulan 10 hari. Mama tahu Sayang sihat kat dalam tu. Cuma mama yang tak sabar sabar nak jumpa awak. Mama rindu how was we feel back then when we were one. Apa mama makan awak pun makan dalam perut mama. Perasaan mama semua awak rasa sama sama. Until one day Sayang asked me to push you out because it was due. Mama tak de pilihan. Mama kena push awak keluar jugak.

By the moment you're out from my belly, mama rasa the first jarak antara kita Sayang. You'll have to live life on your own not in my tummy anymore. After 7 days, papa gave you a beautiful name. That was the 2nd feeling of distance. You already have a name. Sebelum ni mama panggil baby. 3rd, mama pump susu untuk simpanan Sayang bila mama tak de nanti. So that you going to have only my milk to feed in. But at the same time mama never ready to stay away from you Sayang. Takkan.

These 3 things were just the beginning. Mama tahu in future, banyak lagi yang akan berlaku dan jarak antara kita makin besar. No matter what happen, mama nak Sayang tahu, mama always here for you. Mama sentiasa ada dengan Sayang. Mama takkan berganjak sikit pun. Sebab mama Sayang sangat kat anak mama. Mama Sayang anak solehah mama. Membesar dengan sihat ya Sayang. Jadi anak yang menggembirakan Mama and papa. Hormat orang lain. Sopan santun and berakhlak mulia. 

Pesan mama, Sayang bukan princess, Sayang bukan elsa, bukan cinderella, bukan macam dalam cerita - cerita dongeng yang orang akan dok kaitkan dengan Sayang. Sayang ialah anak mama and papa. You're our love, precious. Be yourself just like your name . Cahaya Yang cantik yang membesar dalam ketenangan dan kasih sayang. Tauladani lah sifat Aisyah isteri Rasulullah saw. 

Mama doakan Sayang mama ni berjaya di dunia dan di akhirat. Tak tinggal solat. Fasih mengaji. Tabah dan sabar dalam menghadapi apa jua ujian di dunia yang fana ni. Berbakti kepada semua seperti air yang mengalir, alirkan lah ketenangan dan kasih sayang di mana sahaja Sayang pergi. Semoga Sayang juga sentiasa tenang dan dilimpahkan dengan penuh kasih sayang dan hidup diberkati Allah SWT.

Kalau ditakdirkan mama dah tak de nanti kat dunia ni. Tolong jaga kan papa baik2 ya nak. Mama mesti akan rindukan sayang and papa. Mama will always in your heart. Doakan mama and papa. I love you Sayang. Mama and papa Sayang Nur Eliya Aisyah.

Love,
Mama

Tuesday, April 20, 2021

Push mummy !

Assalamualaikum semua

11. 4. 2021 jam 9.55 pagi
Aku lahirkan seorang manusia ke dunia yang fana ni. Manusia berjantina perempuan. Putih merah, gebu gebas, hot from oven seberat 3.6kg. 

Terus diletakkan atas dada aku. Baby ni anak aku yang aku kandungkan selama 9 bulan 10 hari. Kekuatan untuk meneran kan bayi seberat 3.6kg dengan lilitan kepala 33 cm semestinya dari Allah SWT. 

Mula nya dari jam 3.30 pagi, terbangun untuk pergi ke tandas seperti biasa. Air yang keluar bukan Air kencing biasa. Tak tertahan dan tidak berbau. Walaupun sedikit jumlah Air yang keluar. Aku terus mendapatkan suami ku dan google cara untuk mengenalpasti Air ketuban itu seperti apa. 

Tips:
Untuk pastikan yang keluar tadi adalah Air ketuban, baring sebentar kemudian bangun dan berdiri. Jika Air keluar maka itu adalah Air ketuban. Segeralah ke hospital.

Aku pun bersiap sementara suamiku menyiapkan segala barang2. Di pintu rumah aku dah terasa satu contraction ringan. Masuk ke dalam kereta, dalam perjalanan ke hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Satu contraction lagi aku rasa.

Sesampai di hospital, aku dibawa suamiku menaiki kerusi roda ke tingkat 1 wad bersalin. Aku terus diperiksa di satu bilik rawatan. Aku disuruh baring untuk check ctg baby. Dah 4cm jalan terbuka. Aku disuruh tukar pakaian ke pakaian hospital. Warna pink polka dot putih. Pakaian rasmi wanita yang hendak bersalin di hospital ni. Skrg aku pula yang pakai maknanya aku dah nak bersalin. So aku ready segala mental dan fizikal untuk melahirkan baby aku ni.

Tips pernafasan ketika bersalin:
Ketika contraction sedang terjadi, breath in melalui mulut dan breath out melalui mulut 2 kali.
Ketika tiada contraction, deep breath in melalui hidung dan breath out melalui mulut secara perlahan.

Tak lama selepas menahan beberapa minor contraction, seorang Dr. Perempuan India memanggil aku dan disuruh untuk baring untuk check jalan baby. Ini adalah proses 'seluk' uterus terus ke rahim. Seorang Dr. lg mencatat. Yang aku faham, no membrane = keadaan rahim aku ketika itu sudah tiada dinding yang menampung atau mengepung Air ketuban. 

Selepas proses selukan, pendarahan berlaku. Aku dah mula hilang darah di situ. Sementara nurse ambilkan aku kerusi roda untuk dibawa terus ke bilik bersalin. Aku sempat jumpa suamiku sebentar di ruangan menunggu untuk mengambil beg hospital yang aku dah sediakan 2 minggu awal.

Tips beg hospital :
Pakaian baby:
1. bedung (kain cotton)
2. Pampers new born
3. Baju baby (butang tengah)-baju sahaja
Pakaian ibu:
1. Maternity pad or panties
2. Baju balik (baju besar ada zip or butang kat dpn)
3. Kain batik 

Bilik bersalin No. 14
Aku dibaringkan di atas katil bersalin. Ctg detector diletakkan lagi di perut ku. Ctg aku cantik. 5 minit contraction, 10 minit rest begitulah agakkan ku. Segala teknik pernafasan ku cuba untuk menahan sakit. 

Makluman:
Kat labour room ni, nurse takkan marah kau nak buat position apa pun untuk menahan sakit contraction. Asalkan tak mengganggu bukaan jalan baby.

Menjelang 10 contraction terakhir:
2 kali aku panggil nurse sebab tak tahan sangat sakit contraction yang dah sampai memuncak. 2 kali tu jugak nurse 'seluk' aku untuk check jalan baby dan 2 kali tu jugak masih belum ada. Dan 2 kali tu jugak aku di ngumpat sebab sikit2 panggil nurse. 

Allah! Allah! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Ucapan di saat saat akhir contraction yang paling memuncak. Time ni aku dah kena induce. Nurse kata kalau dah kena induce ni lagi kerap contraction. Asalkan kurang sakitnya. Aku rela. Kuat juga aku berteriak Allahuakbar! Sampai seorang nurse minta aku perlahan kan suara supaya tak mengganggu patient lain. Tak nak patient lain takut. At this level, suami, mak ayah, keluarga semua dah tak ingat dah. Hanya Allah SWT yang ada. Sepenuh kebergantungan tu hanya pada Allah SWT. Dan termampu untuk sebut Allahuakbar! 

Teran lagi puan.
Aku dapat briefing mengenai epidural oleh seorang Dr. Chinese lelaki. Sebab nya aku dah sakit tapi jalan masih belum bukak so nurse cadangkan ambil epidural. Masa tengah brief tu, aku rasa nak terberak. Aku bagitahu nurse saya nak berak. Ye aku cakap berak. Masa tu dah tak ada perasan malu apa lagi dah. Yang aku tahu aku nak meneran nak buang Air besar. Dr td berhenti brief pasal epidural dan keluar. Nurse masuk pastu dia suruh aku teran je buang Air besar. Aku pun teran. 2 kali teran untuk keluarkan najis saing2 tu jugak rasa contraction yang paling2 peak aku rasa. Rupanya jalan dah ada. Nurse pun dok selok lagi dan aku dapat rasa kepala baby dah betul2 nak keluar. Nurse suruh aku teran. Aku ni masih macam tak percaya. Tadi rasa nak buang Air besar je rupanya kena teran terus untuk bersalin. Nurse siap marah aku kata 'puan kata nak teran sangat tadi teran lah!'. 

Tak lama tu datang sorang Dr. Indian lelaki. Aku tak tahu nama dia siapa. Dr. ni bagus dia direct aku macam yang dalam video aku tengok. Aku rasa ada semangat sikit nak teran. Dr. suruh aku teran. Aku pun teran. Dr. suruh aku curi nafas. Aku pun curi nafas.  Masa ni dahntak boleh ambil deep breath sebab takut kepala baby dah keluar masuk balik. Dalam rasanya 5 kali teran. Keluarlah baby girl terus diletak atas dada aku. Alhamdulillah! Allahuakbar!

Moment:
Baby aku keluar tak nangis tapi tidur sambil hisap jari. Terus nurse halakan puting aku kat mulut baby. Bila Dr. pegang pegang dia baru nangis.

Perjuangan belum berakhir.
Aku sangka keluar baby habis lah kesakitan ni. Rupanya ada lagi 2 peringkat. Nak keluarkan uri dan jahit. Ya Allah Tuhan sahaja yang tahu betapa lah sakitnya masa nak keluarkan uri dan paling sakit masa nak jahit. Masa nak keluarkan uri aku ni agak susah sikit sebab Dr. kata uri tali pusat pendek so Dr. terpaksa seluk dalam sikit dan tekan perut aku sekuat hati. Huish. Masa ni rasa penyek kejap. Tapi berhasil. Aku tanya nurse, uri saya dah keluar ke and nurse kata dah. 

"Allahumasolli a'la saidina Muhammad"
Selawat ketika nak potong tali pusat dari pisah kan baby dan uri. Masa ni aku macam nak nangis sikit sebab baby aku dah ada kat alam nyata dan tak perlukan uri. Baby diletakkan terus di atas dada ku. Tak terdaya nak semak sempurna atau tak fizikal anak aku. Yang penting pipi yang pau tu kemerah merahan. Tangan putih pink. Cantik. Cantik anak mama. Alhamdulillah

Pengalaman di bilik bersalin tak habis kat sini je. Berganti Dr. kali ni Dr. perempuan. Dia akan jahit part2 terkoyak kat bawah tu. Masa ni punya lah seriau. Sampai aku terangkat pungggung sikit sebab nak menahan takut bercampur ngilu dijahit. Sambil baby masih di atas dada aku. Bila rasa sakit aku tengok baby, hilang sikit rasa sakit tu.

Selesai dijahit, nurse ambil baby untuk dibersihkan. Dan dikembalikan kepada aku tak lama lepas tu. Sementara baby tido dalam tempat baby yg boleh sorong² tu, aku pun tertido di bilik bersalin tu dalam lebih kurang 1 jam. Keluar je dari bilik bersalin aku text suami aku bagitahu baby kami sihat. Terus suami aku call dengan suara sebak dia. Mesti perasaan dia bercampur baur. Dah jadi seorang ayah. Aku pula dah jadi seorang ibu. Alhamdulillah. 

Check in wad 1st class.
Alhamdulillah. Aku dapat jugak wad 2 orang 1 bilik. Aku sangat berharap sebab bilik Air dekat. Aku check in pukul 12. Ada sorang lagi pesakit dah ada kat dalam. Selama 8 jam aku warded kat hospital tu, menahan sakit kat bawah tu. Dengan kekok pegang baby nya lagi. Kak Rozi dtg melawat sebab dia memang keje situ. Kiranya untung lah kak rozi dapat pegang baby fresh fro. Oven. Baru beberapa jam dok wad aku dah rasa nak balik. Baru aku faham, dia tak kesah lah wad 1st ke 2nd ke 3rd  ke yang penting semua yg warded nak balik awal. Lagi2 yg bersalin. Tak sabar nak tunjuk baby kat suami. 

Alhamdulillah pukul 8 malam aku dapat discharge dari hospital. Sekali dgn akak katil sebelah. Suami amik naik wheelchair. Walaupun tengah pkpb suami aku boleh naik wad dan tolong aku kemas barang dan ambil baby. Sebelum discharge jahitan aku diperiksa oleh Dr. Dr. ni perempuan Muda. Dia check luka aku macam nak bukak balik jahitan. Punya lah kasar. Seolah olah tak ada perasaan. Ni lah kekejaman, layanan buruk yang pertama aku terima selepas bersalin. aku rasa macam nak lempang je Dr. tu. Tak tau ke orang tengah sakit. Dan masa tu memang aku berkerut je dengan Dr. tu.









Sunday, November 22, 2020

Mengandung

 Bismillahirahmannirahim

5 bulan. Usia kandungan aku. Tak sangka ada baby dalam perut. selalunya ada makanan je. kriuk...kriuk...

So, this is my journey throughout this 5 months...ada happy ada sedih ada menyakitkan hati. Let's begin...


Bulan 1-3

Aku dah tak datang bulan dalam 7 minggu. Sebelum ni tak pernah ter 'skip' period. period teratur tapi kali ni lambat. Aku dapat rasakan sesuatu. Beli pregnancy test tanpa pengetahuan suami sebab masa tu macam malu kalau tak ada apa-apa. Last-last tahu jugak sebab kantoi nampak kotak kat dalam beg tangan. choii....Pagi esoknya try guna pregnancy test tu, jenis strip tu. Murah je aku beli kat guardian 1 kotak ada dalam 2 strip. Aku try satu strip tu negatif. Suami kata tak pe belum ada rezeki. Aku tak kesah pun. cuma aku risau tak datang bulan lagi ni. 

Next week, minggu ke 8. Aku try lagi guna strip yang ada berbaki lagi satu tu. Pagi tu aku bangun tidur terus try. Husband tidur lagi. Sekali nampak 2 garis. Kalau ikut dia punya guide tu maksudnya positive pregnant. Maksudnya aku pregnant. Serious lahhh...Aku tak tahu nak happy ke apa. Tapi yang pasti husband aku mesti happy. So biar aku tengok muka happy dia dulu.

Aku kejutkan dia suruh bangun. Pastu aku tunjuk kat dia ada 2 garis. pastu dia kata alhamdulillah and sengih-sengih happy. aku pun happy. Ada baby dalam perut. Walaupun masa tu macam ye tak ye je aku rasa. Haha.

Aku masih pegi keje pagi tu. Biasa dalam drama dapat tahu pregnant terus amik cuti kan.. aku tak. Aku pun tak tahu lah kenapa rajin sangat haritu pergi kerja jugak. Tengah hari tu aku keluar lah office kejap pegi Klinik Universiti ni. Nak buat confirmation aku ni betul ke pregnant.

Alhamdulillah confirm aku pregnant. Maka start lah journey aku makan acid folic. Kecik je ubatnya. Satu hari satu biji kena telan. Tapi yang tak bestnya masa Dr. bagitahu aku pregnant tu tak macam dalam drama pun. Dia just amik benda bulat tu kira umur baby aku. pastu bagitau aku dah pregnant 6 minggu. dah tu pulak time2 Covid-19. Husband aku tak boleh masuk klinik. aku sorang je. Apatah lagi masuk dalam bilik Dr. dengan Dr. pakai mask. Tak nampak dia senyum ke masam ke. Hmmm...Apo lahhh... Dr. straight je padahal dia pun sama-sama pregnant. Stress kot. Entah le. Takpe lah janji confirm aku pregnant.

So sepanjang 1-3 bulan tu aku datang lah keje macam biasa tapi sangat berharap dapat wfh sebab Covid-19 tapi harapan je. Sebab nya aku punya alahan boleh tahan teruk. Muntah-muntah bukan setakat pagi je. tgh hari, petang, malam. Selalu juga amik MC. Ada dua malam aku ajak husband tidur kat ruang tamu sebab nak dekat dengan bilik air. Asyik muntah muntah je. ha. tidur lah kat ruang tamu. Kesian husband aku. Sakit badan dia tidur bawah. Pastu berjaga je sepanjang malam. Aku asyik muntah-muntah nak pergi toilet pun kena papah. Gitu lah 3 - 4 malam. Sampai pernah juga kena masuk air sebab tak larat sangat. Makan pulak memang tak lalu. Pernah terpaksa makan maggie dgn air panas. sebab husband aku pun dah tak tahu nak bagi makan apa. Kesian dia. 

4 Bulan.

Bulan ke-4, alhamdulillah. Mabuk morning sickness tu dah kurang. Cuma dah start makan Iberet. vitamin yang function dia sama macam acid folic tu tapi dia lebih besar dan warna merah. Aku dah start check up setiap bulan. Sepatutnya setiap bulan tapi disebabkan aku HB low so terpaksa jumpa Dr. 2 kali seminggu. 3 kali kena amik darah sepanjang 5 kali aku dah pergi check up kat klinik Taman U tu. Sebab kan HB low. macam tu lah.

Alhamdulillah kerajaan suruh area Johor Bahru WFH. aku sangat menghargai selama sebulan aku wfh ni. Dapat rehat kat rumah dan jimat duit minyak kereta. Sempat masak. tapi aku tak masak pun. Sejak pregnant aku dah lama tak masak sebab aku tak boleh bau benda goreng-goreng macam tu. Nasi pun tak boleh bau. aku dah tak boleh makan ayam. Tak minum milo. Minum Horlick je. Sejak minum Horlick ni rasa mcam better sikit badan aku. Selain tu, aku makan shakle Ostematrix dan VitC. 

5 Bulan.

Masuk 5 bulan ni alhamdulillah I'm getting better. Baby pun macam dah keras sikit. kadang2 terasa mcam ada pergerakan tapi aku tak tahu lah sama ada tu perut aku yang mengulas atau betul baby gerak. Aku dah boleh masak tapi masih tak boleh bau nasi panas dan tak makan ayam. Dah start kerja macam biasa tapi tu lah. Berat sangat badan ni nak bangun pagi pergi kerja lagi-lagi bila bangun tu sakit pinggang. Sakit tangan. kaki. Nak pergi toilet pun rasa macam Ya Allah jauhnya toilet. Sebab time2 pregnant ni asyik nak ke toilet je keje, sebab banyak minum air. Tak minum nanti haus pulak. Ha macam tu lah. Sabar je lah. Asalkan baby sihat. InsyaAllah.

Ok. tu je untuk kali ni. Adios...


p/s: Sorry tak de gambar, Gambar masa scan baby haritu hilang entah mana entah. Nanti baru nak scan lagi.


Monday, August 3, 2020

I got Myself A Husband

Assalamualaikum

07.07.2020 - Ini lah tarikh keramat dalam hidup aku. Aku menjadi isteri yang sah kepada En. Hubby. Kalau tak disebabkan PKP waktu COVID ni kitaorang sepatutnya bernikah pada 06.06.2020. Disebabkan PKP, terpaksa tunda sebulan lagi. Hasil dari perbincangan dengan adik beradik dan ahli keluarga semua, diorang suruh letak tarikh 07.07.2020. Kebetulan tok kadi pun free dan tempat pun ada. kitaorang ni special case kalau nak ikutkan memang tak boleh nak jemput ramai-ramai sangat jemputan jadi aku pun buat lah kat Straits Hill Villa. Tempat yang sangat private. Memang sesuai untuk buat event. Selesa dan just nice.

Sebelum majlis, aku dan En. Tunang masa tu memang dah ready semua dah. Ikutkan 6.6.2020. Jadi sebulan awal dah siap. Cuma fitting, Bridal dgn makanan tu memang belum tempah pun. sebab masing-masing sibuk. lagi satu PKP. Beberapa sebelum majlis tu, aku tukang survey tempat. Ada beberapa list dalam whishlist aku ni. antaranya, villa warisan, dan Straits Hill Villa. Aku survey of course lah faktor utamanya adalah bajet. Villa Warisan aku terpaksa reject sebab mahal dan jauh dari tempat nikah aku nanti. Oh lupa nak bagitahu, untuk pengantin PKP macam aku ni kena nikah di Dewan Besar Pejabat Agama Islam Johor. di area Bandar Johor Bahru. so, aku decide untuk ambil Strait Hill Villa.



Ni gambar aku sebelum ak pergi nikah. sempat lah jugak photographer tu shoot 2 3 gambar. aku book rumah ni dari awal pagi 7/7/2020 sampai 8/7/2020 petang. so aku bersiap untuk nikah pun kat sini. Kami dijadualkan bernikah pada jam 10.30 pagi macam tu. jadinya tak jauh pun nak pergi ke Pejabat Agama. 

Sampai kat Pejabat Agama terus ke kaunter. Isi nama, dan diambil suhu kami semua. 6 orang je boleh masuk ke dewan tu. Pengantin lelaki dan perempuan, wali, mak aku dan mak mertua, dan seorang photographer. Ada seorang pegawai yang akan lead untuk ke Dewan Besar tu. Kitaorang smpai je di dewan tu ada satu lagi pasangan tengah dinikahkan. so kami kena ambil turn. sementara isi borang sikit dan tunggu saksi settle kan pasangan kat sebelah tu. 

Tak lama tu, 2 orang saksi pun sampai dan tok kadi minta untuk cuba lafaz akad. dan kemudian akad yang betul betul. abah yang nikahkan aku. walaupun suara agar bergetar sebab sedih nak tahan sebak lepaskan anak perempuan last dia ni. Alhamdulillah dengan sekali lafaz, aku sah bergelar isteri kepada En. hubby.

Selesai nikah, kami terus ke villa untuk majlis bersanding. dan sampai lah ke malam di rumah tu. Aku list kan benda yang best dan tak bestnya waktu majlis aku seperti berikut:

Yang best:
1. tempat menenangkan.
2. sangat Homey dan santai
3. Sederhana meriah
4. 4 kali salin baju pengantin smapi ke malam
5. tempat make up dan salin baju yang selesa
6. ramai datang, tak jemput pun datang :)

Yang tak best:
1. Masa yang pack. (Photographer terkejar kejar, pengantin ikut sama terkejar kejar. plus tak ikut masa pengantin)
2. kepenatan
3. makanan tak cukup

Walaupun photographer dia macam terkejar kejar tapi hasil gambar memang cantik. Videographer pun ikut macam yang kita nak.

Details masa aku kahwin adalah seperti berikut:
Tempat: Straits Hill Villa
Bridal: Elfieda Bridal
MUA: Anis Aida Muda
Catering: Kawan Abah
Photographer: Republic of moment
Videographer: Pendita.


Alhamdulillah semua berjalan lancar. Walaupun hari bekerja tetap ramai yang datang.

tq semua

Wednesday, October 30, 2019

Journey to N41

Assalamualaikum

Cerita ini sekadar untunk mengenang kembali kesusahan aku nak dapat kerja kerajaan. Dah senang agak agak hampir lupa diri boleh baca balik. 😅

Sebermulanya kisah pencarian kerja aku sejak aku habis belajar di UiTM. Balik je ke Johor, aku menggeletis untuk cari kerja. Nak ada duit sendiri. Pada masa tu aku fikir biarlah kerja apa pun yang penting ada dekat dengan rumah dan ada gaji. Jadi aku pun mencuba nasib di deretan kedai di dalam kawasan perumahan aku. Kebetulan pagi tu aku dan mak lalu di hadapan satu kedai baby. Jual barangan bayi. Aku dah lama tengok kedai tu dan fikir kalau boleh nak kerja kat situ sebab aku teruja tengok barangan bayi yang dijual di situ. Comel comel sangat. Rezeki aku juga sebab kedai barangan bayi tersebut memang sedang memerlukan pekerja. Aku terus masuk dan menanyakan tentang kekosongan. Aku terus di temuduga oleh tuan punya kedai, K. Hana.

Beberapa hari berlalu, tiba tiba ada satu panggilan telefon pagi tu dari K. Hana suruh aku datang kerja pada hari itu juga. Dalam keadaan masih mamai, aku minta tangguh ke hari esok. Sebab aku masih belum puas bangun tidur lambat. Hehe. Aku dan tidur memang tak dapat dipisahkan. Hobi peribadi aku adalah tidur. Namun, pada masa itu k. Hana mengugut aku dalam cara yang baik, katanya kalau aku tak datang hari tersebut, dia akan panggil orang lain untuk bekerja. Aku pun apa lagi, terus lah. Baik Kak saya datang sekarang 😩. Terpaksa meninggalkan tempat tidur aku. Bersiap dan terus ke kedai. Maka di situ bermula lah kerja aku sebagai seorang promoter merangkap cashier kedai bayi. Di situ aku berkenalan dengan 2 orang rakan sekerja yang sangat happening dan baik, Aini dan Esya. Boss ada dua orang, husband and wife. K. Hana dan En. Shah(boss). Pernah satu hari aku tersasul panggil dia En. Shah 😅. Ingat kerja kat office? Aku dengar dengar En. Shah ni seorang pegawai kerajaan beroangkat tinggi. Bekerja di pejabat tanah sama dengan kak nolin. Kak nolin pun kenal dengan En. Shah ni. Kata kak Nolin en shah ni macam berlagak sikit orangnya. Tapi memang betul pun. 😝

Nak dijadikan cerita pada suatu malam, waktu tu ramai pelanggan datang. Aku pula disuruh oleh 'bos' untuk ambil pampers di stor simpanan barang yang terletak selang 4-5 kedai dari baby shop tersebut. Seorang diri dalam gelap. Aku rasa sangat tak patut menerima task tersebut tambahan pula malam. Sememangnya angkat barang dari stor tersebut ke baby shop selalu kami buat. Biasanya waktu pagi. Ini dia suruh malam. Aku sengaja melambat lambat kan. Padan muka  'bos'. Dan dia sibuk tengok duit masuk. Dasar bos mata duitan. Tak kisah langsung pada kebajikan pekerja. Aku dah lah perempuan sorang diri ke stor yang gelap tu. Aku memang nekad dapat je kerja aku terus blah dari situ. Tak dilupa, walaupun aku dah bekerja selama 6 bulan, aku tidak ada potongan KWSP dan SOCSO. This boss was really mean. 

Genap 6 bulan aku kerja di baby shop tersebut, aku dapat tawaran bekerja sebagai purchasing clerk di City Square Johor Bahru. Yes, very far from my home. Gaji bulanan RM 1,200.00. Lima hari kerja, 2 hari cuti. Sabtu ahad. Procedure HR di situ sangat perfect. Aku respect dengan HR manager dia. Sangat menjaga kebajikan pekerja dan menitik beratkan pasal gaji. Aku boleh nampak passion dia memang sangat ke arah HR dan sangat berpengalaman. She really love her job. Di sini, aku yang paling muda. Yang lain semua dah kahwin, dah beranak pinak. Aku dengan sorang lagi bahagian operation ni kira muda lah belum kahwin. Nama dia Tiha. Hampir 3 bulan aku kerja di situ. Aku rapat dengan Tiha je lah. Environment kerja di situ agak pressure sebab sangat mementingkan performance. Yelah swasta kan. Jadi, iri hati sama satu dengan yang lain tu biasa. Dan sentiasa nak show off kerja masing2. So kerja pun kalau boleh sampai ke malam. Aku memang tak lah nak sampai malam. 💁 Dah gaji kecil. Aku pulak duduk jauh. Rasa tak berbaloi lah jugak walaupun dia bagi voucher makan percuma sebanyak RM 200 sebulan. Masuk bulan ketiga aku dengar cerita Tiha nak berhenti sebab dapat offer lagi better dekat satu company di nusajaya. Aku pun menggeletis lagi lah cari kerja lain jugak. Selang beberapa minggu Tiha berhenti aku berhenti. Aku dapat kerja sebagai seorang pensyarah di satu kolej swasta. Dengar macam gempak kan. Bestnya jadi lecturer muda. Masa tu aku baru 22 tahun. Aku pun happy lah dapat kerja tu. Family aku especially abah happy sangat cerita kat orang anak dia dapat jadi lecturer. 

Kolej swasta tersebut dimiliki oleh husband and wife lagi. Kali ni India. Kat sini nama je lecturer tapi tak ada bilik khas pun untuk lecturer. Dia bagi satu bilik kecil untuk 3 orang lecturer termasuk aku. First time masuk bilik tu aku tanya lagi sekali dengan principal perempuan tu. Ini ke bilik saya? Bilik tu macam sarang tikus. Barang penuh. Bersepah pulak tu. Aku dah tak sedap hati. Tapi aku ubah sendiri meja aku ikut selera aku. Tu pun terpaksa berhimpit dengan lecturer lain. 💆Aku mengajar management. Segala subjek berkaitan management aku ajar. Student aku semua memang lepasan SPM dan semua India. So korang boleh bayang kan tak? Seram jugak lah masuk kelas aku sorang melayu yang lain tu India dan tak ramai perempuan. Lecturer semua india. Kerani je melayu sorang dan katanya lama dah kerja situ. Selepas beberapa bulan aku kerja kat sini aku ditugaskan untuk mengajar di masai pada setiap hari jumaat. Fyi, no mileage will be counted. Duit minyak, kereta semua pakai aku punya sendiri. Principal yang laki bini ni pulak memang sesuka hati dia mengarah orang tanpa tanya peesetujuan aku. Aku dengan terpaksa drive lah ulang alik ke masai. Di masai tu pulak, aku ingatkan adalah orang yang akan teman aku, ataupun kerana ke jaga kat situ tapi hampa belaka. Ternyata aku sorang. Aku lah yang jaga aku lah yang me gajar aku lah yang kutip yuran 🤦. Aku boleh bertahan pulak tu kerja selama 6 bulan lebih. Tak cukup dengan tu ada beberapa hari ni dia suruh aku ke Mount Austin juga. Sebab tiada lecturer. So korang bayangkan aku ulang alik 3 tempat termasuk tempat asal di nusa bestari dengan duit minyak tanggung sendiri. Gila apa. Aku pernah satu hari tu balik rumah dah maghrib. Masa solat, time rukuk tu aku dah tak nampak apa. Rupanya aku pitam. Abah nampak aku terbujur dengan telekung. Ha panic satu rumah. Gitu lah. Masuk bulan ketujuh aku berhenti. Dan apply untuk jadi PSH pekerja sambilan harian di tempat intern aku dulu. UTM International. 

Masa jadi PSH ni adalah antara momen momen kebahagiaan aku lah. Aku kenal dengan ramai orang. Plus, aku dah kenal dah most of them hasil dari 2.5 bulan aku intern kat sini dulu. Masa kat sini aku kenal dengan PSH lain. Yang aku rapat, Munzir, Dila dan Sayem. Sorang lagi Iman(intern). Sampai sekarang amsih berkawan. Paling rapat dengan Dila dan Munzir. In sha Allah kalau aku free aku akan buat entri khas cerita pasal diorang k. Hehe. Masa PSH ni aku kerja dengan Dr. Diana. Dr. Memang baik orang nya. Aku suka dia. Down to earth and banyak nasihat berguna dia bagi kat aku. Banyak bagi hadiah untuk aku juga. Hehe. Tapi sayang tak lama aku kerja sebagai PSH sebab aku ada misi besar. Aku nak kahwin wey. Aku harapkan gaji tetap bulanan bukan gaji hari. So aku memang tak nampak lah potensi aku untuk berkembang sebagai PSH kat sini. Jadinya aku berhenti lepas dapat tawaran sebagai logistic exec di City Square lagi. 

Kali ni gaji besar. Dia offer RM 2k. Aku pun accept. Ha. Sekali kerja pehh... Hari hari masuk office macam masuk penjara beb. Sistem dah lah complicated. Yelah maybe sebab aku tak ada basic logistics. Lepastu kerja menimbun. Suruh overtime tapi tak berbayar. Salah key in kena bayar pakai duit sendiri. Rakan sekerja tak membantu. Memang teruk lah. Semua perempuan dalam office tu. Aku kerja dua bulan je lepas tu aku bagi notis 24jam. Sebab esoknya lepas berhenti tu aku nak kerja tempat baru. Jadi kerani. 

Aku dapat tawaran jadi kerana aka pembnatu tadbir di sebuah sekolah rendah islam swasta. Aku suka kerja aku. Senang walaupun Haji tu banyak kerenah tapi aku berjaya lah manage sekolah tu dengan baik. Hampir genap 8 bulan aku kerja di sini. Banyak benda yang aku belajar, aku ubah, aku perbaiki dalam sistem pengurusan sekolah ni. Dan akhirnya,... Aku berhenti jugak.

Aku dapat tawaran sebagai Pegawai Tadbir Gred N41 di UTM! Jawatan yang aku idam idamkan selama ni. Dan tetap pulak tu. Ya Allah, sesungguhnya ini adalah rezeki. Rezeki tak salah alamat. Usaha aku selama ni paid off. Alhamdulillah!

Esok 31/10/19 hari last aku kerja kat sekolah. Aku tak tahu lah nak rasa apa. Rasa tak nak pergi kerja je sebenarnya. 😅 Nak tidur. Aku perlukan rehat yang banyak. Mula dari hari aku lapor diri 3/11/19 ni aku akan berkhidmat selama 36tahun untuk UTM. Aku perlukan tidur yang cukup. Tidur lagi. Hahah.

So itu sahaja untuk entri kali ni. Last quote dari aku
"percayalah pada rezeki yang Allah dah tetapkan untuk hambanya yang BERUSAHA. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang baik bagi orang yang SABAR. Sesungguhnya rezeki itu adalah UJIAN yang nyata maka tetaplah TAWAKAL kepada Allah."

Sekian, 
Cik Tukang Taip
31/10/19

Thursday, January 3, 2019

Interview Part 1

Assalamualaikum wbt

Hai semua. apa khabar di hari ke tiga pada tahun 2019. jadi untuk entri aku kali ni aku nak cerita pasal aku punya interview yang terakhir bagi tahun 2018.

Untuk makluman korang aku ada lebih kurang ermm....eh banyak jugak lah aku pergi interview. memang busy pergi interview je. bukan nya kerja. job offer tak ada tapi interview je banyak. hmmm... belum ada rezeki.

First interview dekat Sri Alam. kenapa aku pilih seri alam sebab nak dekat dengan bakal suami aku. so dengan harapan boleh lah pergi dan balik kerja sekali tapi harapan hanya tinggal harapan bila aku pergi interview tu. seriously ramai gila yang diorang invite untuk sesi interview tu. masa ni aku tak berapa sure jawatan apa. aku main pergi je interview ni. sampai je company tu, aku park semestinya ikut waze. company ni company kilang buat digreaser. aku tak tahu jugak apa benda ni tapi aku pergi je lah sebab baru interview kan. so sesampainya aku kat situ, staff tu suruh off phone mungkin sebab ada radiasi kuat dari handphone sebab tu kilang chemical kan. so aku off lah phone aku dan naik ke atas kat ruang menunggu sebelum dipanggil untuk interview. aku antara orang yang kedua awal datang. aku ingat kan tak ramai sekali tunggu punya tunggu berduyun masuk ke bilik tu ambil borang dan isi. sama lah macam aku pun ambil borang dan isi. then, selama hampir setengah jam jugak lah menunggu, aku di panggil untuk masuk dengan 4 orang calon lain. rupa rupanya ada ujian typing, ujian matematik, ujian mengesan kesalahan dalam teks dan ujian menulis essay. What?! nasib baik tak ada ujian kecergasan kalau tak hmmm...setahun aku kat situ. lepas settle segala ujian tu baru lah dipanggil masuk ke bilik untuk di interview secara pairing. yang interviewer tu pun ada dua orang jugak perempuan. dalam bilik tu, antara soalan yang dia tanya macam biasa lah perkenalkan diri, tinggal mana dan sebagainya. aku pun kenalkan lah diri aku macam bisa. soalan seterusnya, " apakah 5 prinsip hidup anda?" yang ni aku main hembus je lah dengan seikhlas hati aku jawab, percaya kepada qada dan qadar Allah, bahagiakan kedua ibu bapa, have a balance and healthy life, berusaha capai matlamat diri sendiri dan sentiasa membantu orang yang memerlukan. ha ambik! aku pun tak tahu aku praktis ke tak tapi kalau no 1 tu tak praktiskan mau kena buat solat sunat taubat setiap malam aku ni. Lepas aku jawab, calon sebelah aku ni pulak yang jawab. tapi sepatutnya turn dia yang first tapi dia bagi aku sebab dia kata ni kali pertama dia pergi interview. lepas soalan tu, interviewer tanya banyak kali jugak lah. dia tak dapat jawab soalan yang sama pasal 5 prinsip hidup tu. aku rasa dia nervous and tak sangka interview ni susah macam ni siap ada ujian bagai. so disebabkan dia tak dapat jawab dia terus give up dan keluar dari bilik interview tu. so tinggal lah aku seorang menjadi mangsa interviewers tu. soalan soalan yang diorang bagi mostly more kepada psychological test. aku tak faham kenapa perlu nak psycho sangat, mungkin sebab ni company baru so dia nak staff yang boleh bertahan lama dengan dia. settle sesi interview yang pada aku paling lama dalam sejarah sebab siap ada dengan video lagi dia ambil. hmm macam macam. aku layankan je lah. mana tahu rezeki kan.

keesokkan harinya aku ada interview kedua di kawasan perindustrian kulai. kali ni position nya aku tahu sebagai branch manager. Gaji RM 2,200. sesedap sangat. sampai je aku kat company tu terus isi borang. aku candidate ke 2 dipanggil masuk ke bilik interview. selepas tunggu hampir setengah jam aku dipanggil masuk. aku masuk then macam biasa, kena ceritakan serba serbi pasal diri sendiri. then soalan pertama yang dia tanya aku kenapa awak apply kerja ni. aku pun cakapp lah sebab saya sangat berminat dengan company ni. dah well established, bla..bla...balaa....pujian melambung untuk company la apa lagi, nak cakap aku layak. memang tak lah. branch manager kot. so aku confident bila nampak duit gaji tu je. hahaha. so give it a try. interview berlansung selama tak lebih dari 30 minit. aku dah boleh keluar dari bilik tu dan balik ke rumah. tunggu nak dipanggil interview yang lama tapi waktu interview tu sekejap je. hmmm..aku rasa tak dapat yang ni

COmpany first yang aku interview dekat seri alam tu panggil aku lagi untuk interview kali kedua bersama founder syarikat. aku pergi dengan mak aku. sampai situ dah tengah hari so kitaorang decided untuk makan lah. masa makan aku punyalah terkejut sebab harga makanan murah yang amat. satu pinggan dengan air RM5 so aku dengan mak aku jadi RM10. murah and sedap pulak tu. aku pun dah berangan kalau dapat kerja kat situ ni lah tempat aku untuk lunch. selaesai makan aku baru nak start kereta tiba tiba aku dapat whatsapp dari company tu, dia kata ada perubahan tempat interview. dia bagi location dan location tu membawa aku ke restoran yang boleh tahan cantik nya lah. tapi ta lah berhawa dingin. aku nampak lah ada 2 orang muka yang aku kenal, muka yang aku pernah jumpa masa interview pertama. dekat sebelah diorang ada seorang lelaki seusia abah aku rasanya. mereka tengah makan. hmmm...ok. so aku pun duduk lah di meja sebelah. jauh sikit dari diorang. masa tengah menunggu tu ada seorang lelaki datang untuk interview jugak rasanya. dia duduk di meja berasingan dengan aku tapi betul betul sebelah mereka yang tengah makan tu. lepas diorang dah makan aku ingat diorang nak panggil aku lah sebab aku yang datang first kan. tapi tak wey dia panggil yang lelaki tu dulu duduk di meja diorang. aku masa tu macam tak sedap hati dengan interviewer perempuan dua orang ni sebab memang muda muda sangat lagi. time lelaki tu tengah bercakap dengan founder company tu bukan main pandang sambil tersengih sengih. mungkin lelaki tu pandai buat lawak kot. tapi tak kan lah melawak sampai ke sudah. sambil aku perhhati kan diorang tu tetiba ada sorang perempuan datang dia tanya aku interview ke. pastu aku cakap ya. pastu dia pun duduk sebelah aku, so kitaorang pun duduk lah sama-sama menunggu mereka interview lelaki tadi. agak lama jugak lah kitaorang tunggu baru diorang habis. lepas habis tu aku dah tak selesa sebab lama sangat, lama mak aku tunggu dalam kereta. hmmm... sabar je lah. settle yang lelaki tu, diorang pun panggil aku dan perempuan yang baru datang tadi tu ke meja diorang. so waktu interview tu baru aku tahu yang dia nak pekerja yang boleh buat marketing sekali. Founder tu tanya aku, kalau diarahkan untuk buat marketing awak boleh buat tak? dengan confident dan tanpa kompromi aku jawab tak. hahaha. sengal kan aku, sebab aku pernah rasa payah nya buat marketing. so aku tak nak. that;s it aku rasa tak perlu lah aku cerita panjang panjang. sampai sini je tahu dah aku memang tak ada rezeki untuk kerja kat situ.

minggu seterusnya, aku hadiri interview di satu company telemarketing. selepas stage pertama, dia suruh tunggu untuk ke stage kedua tapi lepas stage pertama tu aku dah lari balik. sebab diorang nak pekerja yang boleh kerja shift malam yang balik pagi. jadi memang tak nak lah aku sebab mak abah mesti tak bagi. so aku pun balik sebab dalam hari yang sama tu ada interview lain di medini jugak. interview telemarketing ni pagi, interview lagi satu ni petang. kat company lagi satu ni dia punya tempat payah betul nak cari parking. nasib baik aku bawak mak. so mak drop aku, then aku jalan kaki lah ke office company ni. setiap company yang aku nak pergi interview mesti aku buat reading sebelum interview. untuk company ni, company ni lebih kepada kesihatan. aku masuk je office tu, aku macam stunning kejap sebab cantik. ada gym, ada bilik bilik kaca. cantik sangat. aku apply position business development executive (BDE). aku tersampai awal sejam. Interviewerr tu pulak yang nampak nervous sebab dia tak ready lagi. hahaha. sesi interview berlangsung dengan baik. Interviewer tu pun quite friendly. aku rasa aku akan sentiasa sihat kalau aku kerja kat situ. makin kurus dan cantik. hari hari main gym. hahaha

entri ni ada sambungan ..tunggu... banyak kali interview kan. so aku nak cerita semua


Rabun Jauh

Alhamdulillah dah dekat 6 bulan lepas aku buat LAsik surgery. Ya aku ni dulu rabun jauh. Power tinggi uh, -850 belah kanan belah kiri -800. ...